Thursday, 18 June 2015

10 gambar inovasi

10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM BIDANG PERUBATAN        


1. Alat untuk memeriksa tekanan darah bersama telefon pintar



I  health blood pressure dock adalah satu alat yang berfungsi untuk  monitor tekanan darah dan denyutan jantung yang digunakan bersama telefon pintar seperti Iphone, ipad dan sebagainya. Alat ini menolong individu dan ahli  kelurga dalam memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan. Ia amat sesuai dan mudah dibawa kemana-mana sahaja contohnya ke tempat kerja, bilik air, di rumah dan sebagainya kerana saiznya yang tidak berat dan tidak besar. Ia juga boleh dicas jika kekurangan bateri.Cara penggunaan:1)Anda mestilah memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda2)Kemudian, sambungkan telefon pintar anda dengan dok tersebut3)Pasangkan cuff tekanan darah di lengan anda4)Tekan  butang mula dalam aplikasi tersebut5)Kemudian, bacaan tekanan darah dan denyutan jantung anda akan keluar menerusi skrin telefon pintar anda bersam graf .     Alat ini amat sesuai kepada pesakit yang mempunyai penyakit tekana darah tinggi. Bagi pesakit ini mereka boleh monitor tekanan darah mereka pada bila-bila masa dan di mana jua sebagai langkah berjaga jika terdapat tanda tanda gejala tekanan darah tinggi seperti sakit kepala dan pemandangan.


2. Digital Pill



Pada awal bulan Ogos 2012, U.S.Food and Drug Admnistration (FDA)  telah mengiktiraf satu alat yang dikenali ‘Digital Pill’ yang dicipta oleh Proteus Digital Health. Digital pil ini dapat menolong doktor dan jururawat untuk memriksa tahap kesihatan dalam badan pesakit.Digital pill ini mempunyai satu mikrochip yang diperbuat daripada silicon  yang melekat pada pil tersebut yang hanya bersaiz sebutir pasir. Pil ini mengandungi sejumlah kecil magnesium dan tembaga dan pil ini tidak bergantung kepada bateri untuk berfungsi.Apabila pesakit menelan pil ini, ia akan menjana voltan yang sedikit apabila ia bertindak balas kepada jus pencernaan di dalam perut. Kemudian, voltan tersebut akan menghantar signal kepada patch sensor di kulit pesakit. Apabila isyarat itu diterima oleh patch, ia dihantar semula kepada aplikasi telefon yang boleh menyampaikan maklumat terus ke doktor pesakit.Pil ini boleh memastikan jika seseorang pesakit itu mengambil ubat atau pun tidak megikut masa yang ditetapkan dengan dos yang tepat bersasarkan apa yang dipesan oleh doktor.


3. Cellscope

Alat ini yang dipanggil cellscope dicipta dan dikeluarkan oleh   UC Berkeley’s microscopy lab in 2008. cellscope adalah otoscope iaitu alat yang digunakan untuk melihat jika terdapat masalah di dalam telinga. Sekarang ostoscope ini telah dicipta lebih canggih apabila ia boleh disambungkan kepada iphone 4 dan apabila  alat ini dimasukkan kedalam telinga pesakit automatik gambar akan tertera di skrin telefon . Disamping itu, anda juga boleh menangkap gambar tersebut.. oleh itu alat ini memberi kemudahan kepada ibu bapa bagi melihat keadaan telinga anak-anak mereka di rumah jika terdapat jangkitan kuman.Dengan menggunakan cellscope web, pengguna boleh upload gambar tersebut dan doktor peadiatrik boleh menentukan tahap keterukan jangkitan kuman tersebut.

4.  Robot Pencuci Rambut


Robot pencuci rambut ini adalah keluaran panasonic. Alat ini amat sesuai digunakan digunakan di wad-wad orang tua , wad neurosurgery dan juga rumah orang tua di mana pesakit yang hanya terlantar di atas katil dan tidak mampu membersihkan rambut  dengan sendiri.Fungsi robot ini adalah untuk membersih rambut dengan hanya berbaring di atas kerusi tersebut. Robot ini mempunyai 16 jari yang akan menjalankan kerja mengurut kepala pengguna atau pesakit apabila  membersih rambut.Alat ini amat sesuai dalam membantu jururawat dalam menjimatkan tenaga dan masa. Ia juga memberi kelebihan kepada pesakit supaya kebersihan rambut pesakit sentiasa dalam keadaan bersih. Bagi rumah-rumah orang tua alat ini membantu jururawat dan kakitangan yang mana bilangan penghuni telalu ramai menyebabkan kekurangan kakiitangan.


5.  Alat untuk menghentikan pendarahan yang teruk


Seorang tentera laut  Kanada yang juga dikenali sebagai  pakar bedah trauma, DR. Dennis Filips telah mencipta satu alat yang di mana beliau mendapat inspirasi daripada klip rambut . Alat tersebut dikenali sebagai medical clamp yang bertindak untuk menghentikan pendarahan yang teruk dalam masa beberapa saat.Alat ini juga amat sesuai digunakan di medan peperangan di mana berlakunya pertumpahan darah yang teruk dalam kalangan tentera. Alat ini boleh digunakan sama ada doktor, tentera,  ataupun responder pertama di tempat kejadian. Dengan menggunakan alat ini, pendarahan boleh berhenti secara serta merta dan dapat mengelakkan berlakunya kematian yang disebabkan  pendarahan yang teruk.


6.  Ceiling mounted patient lift



Ceiling mounted patient lifts adalah satu alat  bertujuan mengurang kecederaan kepada staf dalam mengangkat pesakit seperti sakit belakang. Alat ini digunanakan di hospital luar negara dan masih belum digunakan di Malaysia. Ia boleh digunakan kepada peakit yang tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di atas katil.Alat ini boleh digunakan untuk mengangkat pesakit dari katil ke katil, dari katil ke kerusi roda , ke  tandas dan segainya dengan menggunakan tenaga yang minimun. Ia juga memberi kesenangan kepada jururawat dalam proses menukar  cadar dengan hanya mengangkat pesakit menggunakan alat ini.  Alat ini juga boleh mengurang kecederaan kepada sakit seperti pesakit jatuh dari katil semasa mengangkat pesakit secara manual. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kudis tekanan kepada pesakit.



7.  Bar code Medical Verification


BMV adalah satu alat yang diciptakan berdasarkan teknologi terkini yang diguna semasa pemberian ubat kepada pesakit supaya ubat yang diberikan adalah tepat seperti yang tlah dipesan oleh doktor. Alat ini boleh mengurangkan risiko kesalahan pemberian ubat kepada pesakit yang sering terjadi dalam kalangan jururawat.Cara penggunaannya adalah dengan hanya mengimbas bar kod yang berada pada band pengenalan pesakit dan juga bar kod yang berada pada bungkusan ubat untuk memastikan pesakit yang betul, ubat yang betul, dos yang betul, masa yang betol dan teknik pemberian yang betul.8. Alat Ultrabunyi terkecilAlat ini adalah inovasi perubatan dari Medicals Signostic yang dikenali sebagai SIGNOS. Dengan saiz sama seperti PDA dan berat kurang daripada 300 gm, alat ini menjadi alat ultrasound terkecil di dunia. Alat ini mampu menyediakan ultrasound dengan cepat dengan resolusi yang tinggi kerana mengandungi teknologi MotionScape dan Sector View dengan stetoskop dalaman (3.5MHz/7.5MHz) dan kos efektif. Mengapa doktor atau pesakit harus memilikinya?Jawapannya kerana saiznya yang kecil,maka mudah dibawa dan disimpan ke dalam poket. Dengan masa tidur sehingga 14 hari dan keupayaan untuk kuasa serta-merta dari mod tidur, Signos RT boleh didapati bila-bila masa dan di mana sahaja ketika anda memerlukannya.Apakah kelebihan atau kegunaan alat ini?Diagnosis: Digunakan untuk pemeriksaan klinikal abdomen, pelvis, obstetrik, jantung dan sistem vaskular peripheral kerana alat ini juga menawarkan kemudahan masa nyata B-Mode, M-Mode dan PW (gelombang berdenyut) Doppler.Saringan: Jenis prosedur yang dipanggil  pemeriksaan "cepat-lihat" dengan cepat dapat menentukan samada pesakit perlu meneruskan pemeriksaan lanjutan; pemeriksaan ultrasound yang lebih menyeluruh atau mungkin ujian diagnostik yang lain. Satu contoh ujian saringan yang spesifik adalah pemeriksaan “Abdominal Aortic Aneurysms” ("AAA").Panduan: Ini adalah salah satu aplikasi yang paling pesat berkembang dalam sistem ultrabunyi mudah alih. Sistem pegang tangan (“handheld”) ini sesuai untuk mengakses vaskular / vena yang besar, membantu dalam panduan prosedur saliran cecair pleural dan perut, panduan biopsi hati, dan aspirasi pundi kencing.Penyimpanan imej: Termasuk dengan 4GB kad microSD yang membolehkan pengguna menyimpan lebih daripada 10,000 imej resolusi tinggi. Dengan Perisian SigViewer anda dengan cepat dan mudah boleh memuat naik data dan imej ke komputer riba atau tablet untuk laporan, arkib, percetakan atau penghantaran e-mel. SIGNOS ini akan menjadi perhatian yang besar dan sistem pemantauan pesakit yang jauh terutamanya di kawasan luar Bandar.


8. Ultrasonograph.



Dengan berat kurang daripada 300 gram dengan sebesar tapak tangan dengan saiz sama dengan PDA, SIGNOS menyediakan sistem ultrabunyi cepat dan kos efektif yang memaparkan resolusi imej yang tinggi. Peranti berguna boleh memakai di sekitar doktor leher atau dibawa di dalam poket kerana saiz yang unik kecil. Mengandungi MotionScape dan teknologi SectorView, dengan stetoskop beroperasi secara dalaman dan 3.5MHz atau transduser 7.5MHz, peranti ini menghasilkan imej resolusi tinggi pada paparannya. Menggunakan kad memori microSD (termasuk) signos boleh menyimpan hamper 20,000 imej, yang kemudiannya boleh dicetak untuk analisis terperinci dan melaporkan tujuan percetakan. SIGNOS akan menjadi tarikan besar untuk teleperubatan dan pemantauan pesakit jauh sistem pada masa akan datang, terutamanya di kawasan luar bandar.Fungsi: Boleh menyemak wanita mengandung, memantau kesihatan bayi, memeriksa pesakit untuk jantung dan paru-paru masalah, dan masalah-masalah lain. 

9. Ambulight PDT


Ambulight PDT adalah plaster melekat pemancar cahaya untuk rawatan kanser kulit bukan melanoma (NMSC). PDT adalah satu proses pelbagai langkah yang melibatkan pemakaian ubat fotosensitif diikuti dengan pendedahan sumber cahaya yang terkawal yang mengaktifkan kompaun dadah dan memusnahkan sel-sel berpenyakit. Rawatan PDT kurang invasif dan tidak meninggalkan parut yang biasanya berkaitan dengan pembedahan tumor. Malahan, pesakit juga tidak perlu dimasukkan ke hospital/ wad.Peranti ini adalah untuk digunakan sekali sahaja. Ia menggunakan keamatan cahaya yang rendah ,maka mempunyai potensi untuk mengurangkan kesakitan.Bagaimanakah proses penggunaan PDT?
  1. Penggunaan farmaseutikal pada kulit.
  1. Penyerapan farmaseutikal ke dalam kulit dan kemudian penukaran dadah kepadaphotosensitiser yang aktif, biasanya proses penukaran ini mengambil masa 3 jam.
  1. Seterusnya, pendedahan cahaya yang terkawal melalui sumber luaran. Sumber cahaya luaran mendorong reaksi “photoactive” yang mengaktifkan dadah dan memusnahkan sel-sel kanser kulit.


10. Walking frame











Alat ini adalah satu alat bantuan untuk pesakit yang lemah pada bahagian kaki terutamanya warga emas untuk bergerak dan berjalan. Alat ini dilengkapi dengan  roda, brek, pemegang yang tinggi dan ianya juga boleh dilaraskan. Alat ini juga dilengkapi dengan tempat duduk jika seseorang itu kepenatan dan sebagainya. Sesetengah alat dilengkapi dengan bakul dimana pengguna dapat meletakkan barang-barang terutama ketika membeli-belah.  Dengan inovasi ini, alat ini boleh digunakan sebagai kerusi roda, lebih selamat dan lebih mesra pesakit.



No comments:

Post a Comment