Thursday, 25 June 2015
Wednesday, 24 June 2015
INOVASI BEG DARI JEANS TERPAKAI
BARANG-BARANG YANG DIPERLUKAN
![]() |
1.JEANS TERPAKAI |
![]() |
2.TALI PINGGANG TERPAKAI |
![]() |
3.MESIN JAHIT |
![]() |
4.GUNTING |
PROSES BERMULA
![]() |
1.JEANS DIPOTONG |
![]() |
2.PROSES MENJAHIT |
![]() |
3.MENAMPAL POKET |
![]() |
4.PROSES TERAKHIR MENJAHIT TALI BEG HASILNYA........... BEG JEANS YANG MENARIK |
SEKIAN.TERIMA KASIH
WANZA ABDULLAH
PJJ NURSING 2014/2015
GGGE 2123
ASSIGN INDIVIDU
Keburukan ICT kepada pelajar masa kini
Kemahiran Teknologi Maklumat sememangnya amat
penting dalam kehidupan hari ini.Perkara ini bersangkutan dengan era
globalisasi dan ledakan maklumat yang sedia ada. Justeru, dengan perlancaran
ICT yang cepat berkembang dalam kehidupan manusia hari ini. mereka yang tidak
menguasai ICT akan dianggap ketinggalan. Contohnya kemudahan ICT ialah
internet, telefon, Astro dan banyak lagi. Kesemua kemudahan ini banyak memberi
faedah juga dapat memberi keburukan kepada masyarakat.
Antara kebaikan ICT dalam kehidupan kita
adalah seperti kita boleh mendapatkan maklumat secara mudah dan lebih
terperinci. Misalnya, pelajar dapat mencari maklumat untuk menyiapkan kerja
sekolah kerana pelbagai maklumat dapat diakses secara mudah. Contohnya maklumat
berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, pelancongan, berita dalam dan luar
negara malah banyak lagi.
Kedua ialah ICT boleh memudahkan kita
berhubung dengan sesiapa sahaja walau dimana jua. Misalnya kewujudan
laman-laman sosial seperti Facebook, twitter dan Myspace. Manusia dapat
berkenalan dan mengenali rakan-rakan luar sekaligus berhubung semula dengan
rakan yang lama.
Ketiga ialah ICT memudahkan urusan harian
manusia. Contohnya pembayaran bil, pembelian barang-barang dan pembayaran cukai
yang boleh dilakukan secarra dalam talian. Kita tidak perlu beratur panjang dan
dapat menjimatkan masa.
Selain itu, dengan ICT kita dapat mengetahui
maklumat lebih cepat, tepat dan pantas. Berita yang disampaikan secara atas
talian dari seluruh negara dapat dikongsikan dan kita tidak perlu lagi
menunggu. Kita sekaligus dapat melihat perkembangan dunia yang terkini.
Keburukan ICT pula ialah fitnah dapat disebar
secara lebih mudah. Memang sukar dibendung kerana sesiapa sahaja boleh menulis
dan menyiarkan maklumat. Maklumat yang disiarkan sukar untuk ditentukan kesahihannya.
Remaja adalah golongan yang tidak kurang hebat
mendapat tempias daripada pembagunan ICT. Remaja sering
menghabiskan masa mereka dengan melayari internet sebaik sahaja mereka pulang
dari sekolah. Kebanyakan kafeteria siber penuh sesak dengan pelajar-pelajar
kita itu baik di bandar mahupun di desa. Semuanya menghabiskan tempoh masa yang
lama dengan membazir dan menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk melayari
internet. Remaja seolah-olah menganggap melayari internet lebih penting
daripada mentelaah pelajaran atau menghabiskan masa membuat latihan yang
diberikan oleh guru sekolah mereka.
Pelajar juga seolah-olah ketagihan internet untuk melihat bahan lucah. Bahan lucah yang didapati
melalui internet merangsang tingkah laku seks .
Melayari laman lucah boleh mengubah tingkah laku seks seseorang daripada biasa
kepada keghairahan untuk melakukannya.Kaedah yang ditunjukkan dalam internet seringkali merangsang pelajar untuk
melakukannya dengan pasangan mereka sehingga menyebabkan gejala sosial . Youtube walaupun mempunyai sekatan tetapi tidak semuanya dapat
disekat .
Antara penyalahgunaan internet yang paling ketara di
kalangan pelajar ialah melakukan plagiat iaitu meniru tulisan atau kajian orang
lain, menyalin tugasan orang lain atau menjadikan tugasan orang lain sebagai
tugasannya sendiri. Berdasarkan kajian kepada Sembilan kolej dan university di
Amerika didapati 698 pelajar memang melakukan plagiat melalui internet. Iaitu
menjadikan bahan sumber internet sebagai bahan tulisan mereka tanpa menyebut
daripada mana sumber tersebut diperolehi. 6 ribu pelajar menipu dalam ujian dan
membuat tugasan, 14.6 % daripada 425 pelajar menyalin terus daripada pelajar
lain . Penyalahgunaan sebegini adalah sesuatu yang tidak baik
bagi seseorang pelajar. Sepatutnya pentadbir universiti, fakulti dan kakitangan
university perlu mengambilkira tentang kesan penggunaan internet kepada pelajar
kerana pelajar tidak belajar dan membaca dan cuma menggunakan internet sahaja
sebagaimana yang diterangkan melalui kajian terhadap pelajar kolej dan
university.
Antara kemudaratan yang lain ialah ketagihan menggunakan
internet, mereka sudah tidak hirau dengan kesihatan dan sanggup tidak tidur
semata-mata melayari internet. Menurut kajian di Korea, terdapat 37.7% pelajar
sekolah tinggi mengalami insomnia
kerana ketagihan menggunakan internet Di Jepun pula, pelajar
yang ketagihan menggunakan internet, boleh menggunakan internet tanpa berhenti
sehingga 40 jam
.Ketagihan menggunakan internet boleh merenggangkan
hubungan persahabatan, hubungan kekeluargaan dan seterusnya mengubah cara dan
gaya hidup seseorang. Bagi pelajar ,ketagih kepada internet akan menjadikan
seseorang pelajar tersebut pasif, malas untuk kesekolah, mengantuk dan memberi kesan kepada tahap pembelajaran
seseorang dimana pencapaiannya adalah lebih rendah.
Dikatakan bahawa
pelajar lelakilah yang paling ramai dalam ketagihan kepada internet berbanding
pelajar perempuan .
.Pelajar juga ketagih menghantar email menggunakan telefon
bimbit berbanding meningkatkan tahap akademik, memperbaiki aspek psikologikal
dan hubungan antara kawan dan keluarga. Mereka sering kali melakukan
lambakan email kepada rakannya mahupun kepada orang lain sama ada secara
sengaja mahupun tidak sengaja. Lambakan sebegini membuang masa dan kadangkala
menyebabkan akaun email boleh ditutup.
Selain itu, ada
pelajar melakukan buli siber iaitu melakukan aktiviti buli dengan cara
memalukan seseorang kepada orang lain melalui pendedahan di internet seperti
memaparkan tingkah tidak elok seseorang melalui internet sehinggakan orang
tersebut mengalami gangguan emosi . Contoh buli siber
ialah mengambil gambar seseorang dalam facebook yang menjolok mata dan mengubah
gambar tersebut serta memaparkannya kepada semua pengguna internet sehingga
empunya gambar terasa malu dan amat tertekan.
Sebagai kesimpulannya,
pengguna internet terutama remaja harus bertanggungjawab dalam tindakan mereka
itu. Semua maklumat yang diperolehi haruslah diteliti dan disahkan
kesahihannya sebelum mereka melakukan sebarang tindakan susulan. Pihak ibu bapa
perlu lebih peka dengan mengawasi masa dan laman web yang dilayari oleh anak
mereka.Sepatutnya ibu bapa turut sama melayari web bersama-sama anak supaya
proses pembelajaran berjalan dengan lebih baik. Semua teknologi mempunyai
kebaikan dan keburukannya. Internet memberi kesan kepada pelajar malah ia tidak boleh dielakkan dan perlu
diteruskan kerana mengabaikan penggunaan internet seperti kembali ke zaman
silam. Kita sebagai pengguna haruslah bijak memilih dan menyesuaikan dengan
keperluan, bak kata pepatah ”tepuk dada tanya selera”.
Pelajar juga seolah-olah ketagihan internet untuk melihat bahan lucah. Bahan lucah yang didapati
melalui internet merangsang tingkah laku seks .
Melayari laman lucah boleh mengubah tingkah laku seks seseorang daripada biasa
kepada keghairahan untuk melakukannya.Kaedah yang ditunjukkan dalam internet seringkali merangsang pelajar untuk
melakukannya dengan pasangan mereka sehingga menyebabkan gejala sosial . Youtube walaupun mempunyai sekatan tetapi tidak semuanya dapat
disekat .
Antara penyalahgunaan internet yang paling ketara di kalangan pelajar ialah melakukan plagiat iaitu meniru tulisan atau kajian orang lain, menyalin tugasan orang lain atau menjadikan tugasan orang lain sebagai tugasannya sendiri. Berdasarkan kajian kepada Sembilan kolej dan university di Amerika didapati 698 pelajar memang melakukan plagiat melalui internet. Iaitu menjadikan bahan sumber internet sebagai bahan tulisan mereka tanpa menyebut daripada mana sumber tersebut diperolehi. 6 ribu pelajar menipu dalam ujian dan membuat tugasan, 14.6 % daripada 425 pelajar menyalin terus daripada pelajar lain . Penyalahgunaan sebegini adalah sesuatu yang tidak baik bagi seseorang pelajar. Sepatutnya pentadbir universiti, fakulti dan kakitangan university perlu mengambilkira tentang kesan penggunaan internet kepada pelajar kerana pelajar tidak belajar dan membaca dan cuma menggunakan internet sahaja sebagaimana yang diterangkan melalui kajian terhadap pelajar kolej dan university.
Antara penyalahgunaan internet yang paling ketara di kalangan pelajar ialah melakukan plagiat iaitu meniru tulisan atau kajian orang lain, menyalin tugasan orang lain atau menjadikan tugasan orang lain sebagai tugasannya sendiri. Berdasarkan kajian kepada Sembilan kolej dan university di Amerika didapati 698 pelajar memang melakukan plagiat melalui internet. Iaitu menjadikan bahan sumber internet sebagai bahan tulisan mereka tanpa menyebut daripada mana sumber tersebut diperolehi. 6 ribu pelajar menipu dalam ujian dan membuat tugasan, 14.6 % daripada 425 pelajar menyalin terus daripada pelajar lain . Penyalahgunaan sebegini adalah sesuatu yang tidak baik bagi seseorang pelajar. Sepatutnya pentadbir universiti, fakulti dan kakitangan university perlu mengambilkira tentang kesan penggunaan internet kepada pelajar kerana pelajar tidak belajar dan membaca dan cuma menggunakan internet sahaja sebagaimana yang diterangkan melalui kajian terhadap pelajar kolej dan university.
Antara kemudaratan yang lain ialah ketagihan menggunakan
internet, mereka sudah tidak hirau dengan kesihatan dan sanggup tidak tidur
semata-mata melayari internet. Menurut kajian di Korea, terdapat 37.7% pelajar
sekolah tinggi mengalami insomnia
kerana ketagihan menggunakan internet Di Jepun pula, pelajar
yang ketagihan menggunakan internet, boleh menggunakan internet tanpa berhenti
sehingga 40 jam
.Ketagihan menggunakan internet boleh merenggangkan
hubungan persahabatan, hubungan kekeluargaan dan seterusnya mengubah cara dan
gaya hidup seseorang. Bagi pelajar ,ketagih kepada internet akan menjadikan
seseorang pelajar tersebut pasif, malas untuk kesekolah, mengantuk dan memberi kesan kepada tahap pembelajaran
seseorang dimana pencapaiannya adalah lebih rendah.
Dikatakan bahawa
pelajar lelakilah yang paling ramai dalam ketagihan kepada internet berbanding
pelajar perempuan .
.Pelajar juga ketagih menghantar email menggunakan telefon
bimbit berbanding meningkatkan tahap akademik, memperbaiki aspek psikologikal
dan hubungan antara kawan dan keluarga. Mereka sering kali melakukan
lambakan email kepada rakannya mahupun kepada orang lain sama ada secara
sengaja mahupun tidak sengaja. Lambakan sebegini membuang masa dan kadangkala
menyebabkan akaun email boleh ditutup.
Selain itu, ada
pelajar melakukan buli siber iaitu melakukan aktiviti buli dengan cara
memalukan seseorang kepada orang lain melalui pendedahan di internet seperti
memaparkan tingkah tidak elok seseorang melalui internet sehinggakan orang
tersebut mengalami gangguan emosi . Contoh buli siber
ialah mengambil gambar seseorang dalam facebook yang menjolok mata dan mengubah
gambar tersebut serta memaparkannya kepada semua pengguna internet sehingga
empunya gambar terasa malu dan amat tertekan.
Thursday, 18 June 2015
10 gambar inovasi
10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM BIDANG PERUBATAN
1. Alat untuk memeriksa tekanan darah bersama telefon pintar
I health blood pressure dock adalah satu alat yang berfungsi untuk monitor tekanan darah dan denyutan jantung yang digunakan bersama telefon pintar seperti Iphone, ipad dan sebagainya. Alat ini menolong individu dan ahli kelurga dalam memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan. Ia amat sesuai dan mudah dibawa kemana-mana sahaja contohnya ke tempat kerja, bilik air, di rumah dan sebagainya kerana saiznya yang tidak berat dan tidak besar. Ia juga boleh dicas jika kekurangan bateri.Cara penggunaan:1)Anda mestilah memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda2)Kemudian, sambungkan telefon pintar anda dengan dok tersebut3)Pasangkan cuff tekanan darah di lengan anda4)Tekan butang mula dalam aplikasi tersebut5)Kemudian, bacaan tekanan darah dan denyutan jantung anda akan keluar menerusi skrin telefon pintar anda bersam graf . Alat ini amat sesuai kepada pesakit yang mempunyai penyakit tekana darah tinggi. Bagi pesakit ini mereka boleh monitor tekanan darah mereka pada bila-bila masa dan di mana jua sebagai langkah berjaga jika terdapat tanda tanda gejala tekanan darah tinggi seperti sakit kepala dan pemandangan.
2. Digital Pill
Pada awal bulan Ogos 2012, U.S.Food and Drug Admnistration (FDA) telah mengiktiraf satu alat yang dikenali ‘Digital Pill’ yang dicipta oleh Proteus Digital Health. Digital pil ini dapat menolong doktor dan jururawat untuk memriksa tahap kesihatan dalam badan pesakit.Digital pill ini mempunyai satu mikrochip yang diperbuat daripada silicon yang melekat pada pil tersebut yang hanya bersaiz sebutir pasir. Pil ini mengandungi sejumlah kecil magnesium dan tembaga dan pil ini tidak bergantung kepada bateri untuk berfungsi.Apabila pesakit menelan pil ini, ia akan menjana voltan yang sedikit apabila ia bertindak balas kepada jus pencernaan di dalam perut. Kemudian, voltan tersebut akan menghantar signal kepada patch sensor di kulit pesakit. Apabila isyarat itu diterima oleh patch, ia dihantar semula kepada aplikasi telefon yang boleh menyampaikan maklumat terus ke doktor pesakit.Pil ini boleh memastikan jika seseorang pesakit itu mengambil ubat atau pun tidak megikut masa yang ditetapkan dengan dos yang tepat bersasarkan apa yang dipesan oleh doktor.
3. Cellscope
Alat ini yang dipanggil cellscope dicipta dan dikeluarkan oleh UC Berkeley’s microscopy lab in 2008. cellscope adalah otoscope iaitu alat yang digunakan untuk melihat jika terdapat masalah di dalam telinga. Sekarang ostoscope ini telah dicipta lebih canggih apabila ia boleh disambungkan kepada iphone 4 dan apabila alat ini dimasukkan kedalam telinga pesakit automatik gambar akan tertera di skrin telefon . Disamping itu, anda juga boleh menangkap gambar tersebut.. oleh itu alat ini memberi kemudahan kepada ibu bapa bagi melihat keadaan telinga anak-anak mereka di rumah jika terdapat jangkitan kuman.Dengan menggunakan cellscope web, pengguna boleh upload gambar tersebut dan doktor peadiatrik boleh menentukan tahap keterukan jangkitan kuman tersebut.
4. Robot Pencuci Rambut
Robot pencuci rambut ini adalah keluaran panasonic. Alat ini amat sesuai digunakan digunakan di wad-wad orang tua , wad neurosurgery dan juga rumah orang tua di mana pesakit yang hanya terlantar di atas katil dan tidak mampu membersihkan rambut dengan sendiri.Fungsi robot ini adalah untuk membersih rambut dengan hanya berbaring di atas kerusi tersebut. Robot ini mempunyai 16 jari yang akan menjalankan kerja mengurut kepala pengguna atau pesakit apabila membersih rambut.Alat ini amat sesuai dalam membantu jururawat dalam menjimatkan tenaga dan masa. Ia juga memberi kelebihan kepada pesakit supaya kebersihan rambut pesakit sentiasa dalam keadaan bersih. Bagi rumah-rumah orang tua alat ini membantu jururawat dan kakitangan yang mana bilangan penghuni telalu ramai menyebabkan kekurangan kakiitangan.
5. Alat untuk menghentikan pendarahan yang teruk
Seorang tentera laut Kanada yang juga dikenali sebagai pakar bedah trauma, DR. Dennis Filips telah mencipta satu alat yang di mana beliau mendapat inspirasi daripada klip rambut . Alat tersebut dikenali sebagai medical clamp yang bertindak untuk menghentikan pendarahan yang teruk dalam masa beberapa saat.Alat ini juga amat sesuai digunakan di medan peperangan di mana berlakunya pertumpahan darah yang teruk dalam kalangan tentera. Alat ini boleh digunakan sama ada doktor, tentera, ataupun responder pertama di tempat kejadian. Dengan menggunakan alat ini, pendarahan boleh berhenti secara serta merta dan dapat mengelakkan berlakunya kematian yang disebabkan pendarahan yang teruk.
6. Ceiling mounted patient lift
Ceiling mounted patient lifts adalah satu alat bertujuan mengurang kecederaan kepada staf dalam mengangkat pesakit seperti sakit belakang. Alat ini digunanakan di hospital luar negara dan masih belum digunakan di Malaysia. Ia boleh digunakan kepada peakit yang tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di atas katil.Alat ini boleh digunakan untuk mengangkat pesakit dari katil ke katil, dari katil ke kerusi roda , ke tandas dan segainya dengan menggunakan tenaga yang minimun. Ia juga memberi kesenangan kepada jururawat dalam proses menukar cadar dengan hanya mengangkat pesakit menggunakan alat ini. Alat ini juga boleh mengurang kecederaan kepada sakit seperti pesakit jatuh dari katil semasa mengangkat pesakit secara manual. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kudis tekanan kepada pesakit.
7. Bar code Medical Verification
BMV adalah satu alat yang diciptakan berdasarkan teknologi terkini yang diguna semasa pemberian ubat kepada pesakit supaya ubat yang diberikan adalah tepat seperti yang tlah dipesan oleh doktor. Alat ini boleh mengurangkan risiko kesalahan pemberian ubat kepada pesakit yang sering terjadi dalam kalangan jururawat.Cara penggunaannya adalah dengan hanya mengimbas bar kod yang berada pada band pengenalan pesakit dan juga bar kod yang berada pada bungkusan ubat untuk memastikan pesakit yang betul, ubat yang betul, dos yang betul, masa yang betol dan teknik pemberian yang betul.8. Alat Ultrabunyi terkecilAlat ini adalah inovasi perubatan dari Medicals Signostic yang dikenali sebagai SIGNOS. Dengan saiz sama seperti PDA dan berat kurang daripada 300 gm, alat ini menjadi alat ultrasound terkecil di dunia. Alat ini mampu menyediakan ultrasound dengan cepat dengan resolusi yang tinggi kerana mengandungi teknologi MotionScape dan Sector View dengan stetoskop dalaman (3.5MHz/7.5MHz) dan kos efektif. Mengapa doktor atau pesakit harus memilikinya?Jawapannya kerana saiznya yang kecil,maka mudah dibawa dan disimpan ke dalam poket. Dengan masa tidur sehingga 14 hari dan keupayaan untuk kuasa serta-merta dari mod tidur, Signos RT boleh didapati bila-bila masa dan di mana sahaja ketika anda memerlukannya.Apakah kelebihan atau kegunaan alat ini?Diagnosis: Digunakan untuk pemeriksaan klinikal abdomen, pelvis, obstetrik, jantung dan sistem vaskular peripheral kerana alat ini juga menawarkan kemudahan masa nyata B-Mode, M-Mode dan PW (gelombang berdenyut) Doppler.Saringan: Jenis prosedur yang dipanggil pemeriksaan "cepat-lihat" dengan cepat dapat menentukan samada pesakit perlu meneruskan pemeriksaan lanjutan; pemeriksaan ultrasound yang lebih menyeluruh atau mungkin ujian diagnostik yang lain. Satu contoh ujian saringan yang spesifik adalah pemeriksaan “Abdominal Aortic Aneurysms” ("AAA").Panduan: Ini adalah salah satu aplikasi yang paling pesat berkembang dalam sistem ultrabunyi mudah alih. Sistem pegang tangan (“handheld”) ini sesuai untuk mengakses vaskular / vena yang besar, membantu dalam panduan prosedur saliran cecair pleural dan perut, panduan biopsi hati, dan aspirasi pundi kencing.Penyimpanan imej: Termasuk dengan 4GB kad microSD yang membolehkan pengguna menyimpan lebih daripada 10,000 imej resolusi tinggi. Dengan Perisian SigViewer anda dengan cepat dan mudah boleh memuat naik data dan imej ke komputer riba atau tablet untuk laporan, arkib, percetakan atau penghantaran e-mel. SIGNOS ini akan menjadi perhatian yang besar dan sistem pemantauan pesakit yang jauh terutamanya di kawasan luar Bandar.
8. Ultrasonograph.
Dengan berat
kurang daripada 300 gram dengan sebesar tapak tangan dengan saiz sama dengan
PDA, SIGNOS menyediakan sistem ultrabunyi cepat dan kos efektif yang memaparkan
resolusi imej yang tinggi. Peranti berguna boleh memakai di sekitar doktor
leher atau dibawa di dalam poket kerana saiz yang unik kecil. Mengandungi
MotionScape dan teknologi SectorView, dengan stetoskop beroperasi secara
dalaman dan 3.5MHz atau transduser 7.5MHz, peranti ini menghasilkan imej
resolusi tinggi pada paparannya. Menggunakan kad memori microSD (termasuk)
signos boleh menyimpan hamper 20,000 imej, yang kemudiannya boleh dicetak untuk
analisis terperinci dan melaporkan tujuan percetakan. SIGNOS akan menjadi
tarikan besar untuk teleperubatan dan pemantauan pesakit jauh sistem pada masa
akan datang, terutamanya di kawasan luar bandar.Fungsi: Boleh
menyemak wanita mengandung, memantau kesihatan bayi, memeriksa pesakit untuk
jantung dan paru-paru masalah, dan masalah-masalah lain.
9. Ambulight PDT
Ambulight PDT adalah plaster melekat pemancar cahaya untuk rawatan kanser kulit bukan melanoma (NMSC). PDT adalah satu proses pelbagai langkah yang melibatkan pemakaian ubat fotosensitif diikuti dengan pendedahan sumber cahaya yang terkawal yang mengaktifkan kompaun dadah dan memusnahkan sel-sel berpenyakit. Rawatan PDT kurang invasif dan tidak meninggalkan parut yang biasanya berkaitan dengan pembedahan tumor. Malahan, pesakit juga tidak perlu dimasukkan ke hospital/ wad.Peranti ini adalah untuk digunakan sekali sahaja. Ia menggunakan keamatan cahaya yang rendah ,maka mempunyai potensi untuk mengurangkan kesakitan.Bagaimanakah proses penggunaan PDT?
- Penggunaan farmaseutikal pada kulit.
- Penyerapan farmaseutikal ke dalam kulit dan kemudian penukaran dadah kepadaphotosensitiser yang aktif, biasanya proses penukaran ini mengambil masa 3 jam.
- Seterusnya, pendedahan cahaya yang terkawal melalui sumber luaran. Sumber cahaya luaran mendorong reaksi “photoactive” yang mengaktifkan dadah dan memusnahkan sel-sel kanser kulit.
10. Walking frame
Alat ini adalah satu alat bantuan untuk pesakit yang lemah pada bahagian kaki terutamanya warga emas untuk bergerak dan berjalan. Alat ini dilengkapi dengan roda, brek, pemegang yang tinggi dan ianya juga boleh dilaraskan. Alat ini juga dilengkapi dengan tempat duduk jika seseorang itu kepenatan dan sebagainya. Sesetengah alat dilengkapi dengan bakul dimana pengguna dapat meletakkan barang-barang terutama ketika membeli-belah. Dengan inovasi ini, alat ini boleh digunakan sebagai kerusi roda, lebih selamat dan lebih mesra pesakit.
Subscribe to:
Posts (Atom)